Sejarah Sekolah
Sejarah Sekolah
Sekolah Kebangsaan Alma telah didirikan oleh kerajaan pada tahun 1912 di mana Guru Besar pertama yang dilantik adalah En. Said bin Yaakop. Sekolah ini dibina di kampung Alma dan dengan menempatkan murid-murid aliran perdana dan prasekolah
Pada tahun 1937, penduduk di sini sepakat untuk memngumpul dana bagi mendirikan bangunan tambahan untuk menampung bilangan murid yang kian bertambah. Encik Abdullah bin Long telah bermurah hati membenarkan bangunan sekolah dibina atas tanah milik beliau dan kemudiannya diserahkan kepada Pejabat Pelajaran untuk menguruskannya.
Selepas Perang Dunia ke-2, kerajaan British yang memerintah Negara menganggap bahawa adalah perlu kanak-kanak perempuan diberi hak untuk mendapat pelajaran yang sama dengan kanak-kanak lelaki. Bilangan darjah bertambah dari lima ke lapan bilik darjah bagi menampung murid yang semakin ramai.
Pada tahun 1957 setelah kemerdekaan tanah Melayu, pihak Didikan Lembaga Sekolah telah membuat permohonan baru supaya Kerajaan Perikatan mendirikan sekolah baru untuk anak-anak penduduk Alma. Akhirnya pada tahun 1961, sekolah baru mula dibina dan siap pada tahun 1962. Sekolah baru itu mempunyai dua buah bangunan lengkap dengan tandas dan padang permainan.
Kini, SK Alma mempunyai 7 blok bangunan termasuk kantin dan makmal komputer. Sekolah ini menampung seramai 494 orang murid dengan kekuatan 51 orang guru dan 11 orang anggota kumpulan sokongan (AKP).
SK Alma telah melalui pelbagai fasa perubahan dan pembangunan dan selama lebih 100 tahun penubuhannya, ia telah berjaya melahirkan ramai murid yang berjaya.
0 Comments:
Post a Comment