Gerak Kerja Persiapan Awal
Gerak kerja persiapan awal untuk pengoperasian semula sekolah telah dijalankan hari ini. Melibatkan bilik-bilik darjah tahun 3-6. Pihak sekolah menyambut baik & mematuhi garis panduan yang ditetapkan. Susunan meja dan kerusi hanya menempatkan 12 murid dalam satu bilik darjah bagi memastikan penjarakkan sosial diamalkan.
Namun, ini hanyalah persiapan awal semata-mata. Pembukaan semula sekolah bergantung kepada Kementerian Pendidikan Malaysia & tarikh tersebut akan dimaklumkan 2 minggu lebih awal seperti yang disebut dalam kenyataan rasmi Menteri Pendidikan bertarikh 15 April 2020.
0 Comments:
Post a Comment